Monday, 15 September 2014

Novel: Sangat Sweeetttt (SS)



1. My Precious Iris: Melur Jelita/KaryaSeni (SS)

Bagi aku, novel ni bukan setakat sweet+romantik+melting semata-mata, tapi banyak ilmu dan pengajaran korang boleh ambil dan semai dalam kehidupan korang melalui novel ni. Tapi jujurnya memang aku melting gila dengan Abg Pedas. Ala-ala bad guy tapi still caring. Oh, aku suka hero yg mcm tu! MYPI ni sekuel dari ILUS tapi untuk aku bersikap jujur lagi, ILUS aku masih tak dapat nak habiskan walaupun MYPI dah dua kali aku khatam! Lolzz. Nampak tk disitu aku lebih suka MYPI sebab MYPI lebih banyak 'sweet scene'? Oh, memang tak patut betul aku buat mcm tu! Tapi nak kisah apa, suka hati aku lah nak suka novel yg macam mana pun. :-P


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2D8lnmw7-l0fcaP_RzSRhDJ_jIpp3fo0zoZhzJr1UAIl-IKruNE4_IIrqLCrrJt3_5nX63gSi55Mozb2jkoFr4tBB6l2cxWRUDHr0e4fbejGRpcordXUV4Pg6AHxpBRMhcXyhk3jdDtU/s1600/My+Precious+Iris+-+Melur+Jelita.jpg





2. Sentuhan Kasih: Norhayati Berahim/CESB (SS)

Fulamak, novel ni memang sentiasa dalam ingatan aku tak kira pagi petang siang malam. Ada beberapa sebab aku suka novel ni. Sebab yg pertama, dah sah-sah lah sweet kan? Kalau korang nak tau, sweet dalam cerita ni memang lain macam gila. Menusuk qalbu sungguh. Tak ada lah hot+notti mana cuma 'sweet scene' yang dimasukkan oleh penulis dalam ni betul-betul buat pembaca macam aku ni tersenyum bagai kerang busuk. Hero cool&steady, gatal sikit tapi masih terkawal, heroin pun tak ada la malu-malu kucing sangat dan yang penting tak gedik+kurang ajar+kuat berlawan kata. Aku paling benci heroin yang ada ciri-ciri kat atas ni. Sebab kedua aku suka gila novel ni, adalah sebab cerita itu sendiri. Menarik perhatian aku untuk terus membaca. Ada juga diselitkan sedikit sebanyak info yang aku tak berapa tahu dan buat aku teruja nak tahu. Dan.. Ada juga maklumat yang kalau korang baca, korang akan cakap, wowww! Olahan ayat juga bagus sangat.. Cerita lancar dan ada motif. 'Sweet scene' yg dimasukkan juga bukan saja-saja nak dijadikan sebagai aksesori sebaliknya menjadi pelengkap pada novel ni. Aaaaa kalau aku nak cerita pasal novel ni, memang tak mampu aku nak share tajuk novel lain. Banyak sangat pujian aku nak bagi pada Kak NB atas kewujudan novel SK ni. Percayalah korang, this novel is the best among the best and the 'sweet'est among the 'sweet'est. Rugi sangat lah siapa yg belum baca tu. Novel ni rare, tau?! Susah nak dapat sekarang. Siapa yg dah baca dan suka sangat cerita ni, laga bahu sikittt! Kita geng!




 




3. Seteguh Fayqa: Hanina Abdullah/Penulisan2u (SS)

Aku tak ada benda nak komen sangat sebenarnya pasal novel ni. Bukan sebab tak menepati citarasa aku tapi sebab cerita ni terlampau menepati citarasa aku sampai kan aku tak tahu dah nak cakap apa. Sweet gila, itu penting. Walaupun ada la part yang menjengkelkan dan menyakitkan hati tapi still buat aku tk boleh lupa dengan 'sweet scene' yang dimasukkan. Oh nasib baik tak lupa, aku suka setiap kali ada part hero and heroin kat depan peti sejuk. Uuuu hot+sweet eaa? Ahahahaha gatal gila aku! :-P eleeh, kisah pulak kau kalau aku gatal?


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiy69EaiTNuFDNarhH6DT_HaPkEvxfSHYVBgJHHZHVg9gB4iRQlbZWyt6OBnW8YCbdIV0b0NjWmAMTVBUBcDBCzgR2761fSedl1gMayxykWF3UKSkn8VPn6WP7ai2ij2t9f7n4meDCWuKs/s1600/SF_front.jpg




4. Perempuan Lindungan Kaabah: Hana Ilhami/KaryaSeni (SS)

Korang tengok tajuk, macam tak boleh nak percaya kan kat dalam ni ada 'sweet scene'? Tapi percayalah, memang ada ya. Orang kata cerita ni klise, kahwin paksa tapi bagi aku, tang mana yang klise tu? Walaupun kahwin paksa, tapi cara penyampaian oleh penulis memang jauh lebih matang dan heroin cerita ni jenis yang reda dan terima je. Tengok tajuk la weyh, perempuan lindungan kaabah. Jadinya, heroin dalam ni jenis yang menurut cakap suami dia selagi hukum dan syarak tak dilanggar. Okay, suami dia ni walaupun memang jahil bab agama, tapi kalau masuk bab hak tanggungjawab suami ni.. Uiiii expert gila! Aku gelak je la baca. Tipikal lelaki memang macam tu. Aku pun tak sangka ada babak suami dia ni minta dia buka ....... dan buka ..... depan si suami. Tapi aku lagi tak sangka heroin tu akan ikut cakap suami dia. Wahahaha, buka apa? Kalau yg dah baca dan dah tahu, korang gelak jahat dalam hati. Tapi untuk yang tak baca lagi, kalau nak tahu pergi la beli. Kalau tak berminat nak tahu, ignore je lah. Aku kan gatal, mesti lah nak tahu, eh heroin ni buka apa ek? Hah? Buka baju dan ...... depan toilet? Kuikuikui :-P


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqwstbHUg3GlEP5nrJDUETWMwW-C84p8NeZ6EvNkAsPIfEsA9G0PkKBYafhcF8p6h58cJIfY0_Ovu6vT7cV1RxZ4yg_GdFv_Jo35MrED22ixmOgxMEg8yT8ejaLPecE95leGJ5WHuZN7_4/s1600/perempuan+lindungan+kaabah.jpg





5. The Wedding Breaker: Evelyn Rose/KaryaSeni (SS)

Aku rasa aku tak nak komen banyak pasal novel ni sebab aku tahu ramai yang dah tahu novel ni jenis yang macam mana. Di samping 'hot+sweet scene' yang terdapat dalam novel ni, banyak jugak ilmu yang boleh kita dapat. So senang cerita, novel ni 2 in 1 la. Kepuasan membaca dapat, ilmu pun dapat. Tak ada la orang kata buang masa sangat. Cuma bagi aku yang tak boleh blah dalam novel ni hero macam GS. Tau GS?  Tak tau tak apa. Kalau tau, meh aku nak cerita sikit kenapa aku kata heronya GS.
Heroin hampir kena rogol buat kali kedua sebab hero tak boleh tengok heroin. Nafsu dia akan menggelegak. - Bukti 1
Malam pertama hero&heroin tak dapat berlangsung dengan jayannya sebab heroin sedang keuzuran masa tu. Dan reaksi hero, fuhhhh stress tahap apa entah. Macam lah tak ada hari lain nak buat. Hahaha.. - Bukti 2
Tapi okay serius, cerita ni sweet gila dan aku memang puas gila la baca. Sumpah aku kata, aku tak menyesal pun labur duit untuk dapatkan novel ni.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8qxbWkNTPTKdCkm7zGscAli4xXG40OvZUZAeBdVscWoXH8_xNhHVPDPqHmKa5TCe3pz01ikEt-hs72YlmzSrjK2uliVkaKuNE07iRacY_SSy_wuQPRL8mTkmXLUC8PWySPUysIBWK4RpD/s1600/the-wedding-breaker.jpg




Okay, 5 buah dulu naa... Nanti aku sambung lagi 5 buah. Pheww, letih aku tulis review untung hangpa semuaaa... Siapa yg tak beli lagi, pergi la beliii.. Rugi gila korang tak bacaaaaaaa.... :P :P :P

MoTiF !



Assalamualaikum semuaaaa,

Tujuan aku buat blog ni sebenarnya...

Aku nak share novel yang sweet gila, romantik amat, hot+notti sikit, memang tangkap leleh, korang baca dua tiga kali pun takkan bosan.. Percayalah! Aku list bukan apa, saja nak share pada korang yang masih tercari-cari.
Bagi aku, kepuasan baca novel terletak pada 'kemanisan' sesebuah novel tu. Tak kisah la terlalu imaginasi ke apa, asalkan aku puas. Korang yang tak suka 'fantasi+imaginasi' 'sweet-overdose+romantika-de-amor' boleh lah diam-diam beredar dari sini yer.

Sebab? Sebabnya di blog aku hanya memaparkan novel yang sweet dan buat aku melting tak freezing-freezing. Novel yang hambar, syok sendiri, sedih dan seangkatan dengannya, tak wujud kat sini. So tak payah cari lah. Buang masa je.
Walau apapun, taste tetap juga pada bahu masing-masing. Mungkin bagi aku novel 'ni' sweet tapi tak sweet bagi korang. Dan mungkin bagi aku novel 'tu' tak sweet, tapi sweet bagi korang. Actually benda ni depends on you guys je. Aku ni mcm cikgu yang tak bertauliah lah, bagi tunjuk ajar mana novel yg sweeeettt dan tersangat lah rugi kalau korang tak baca. :-P

Aku tahu, tak semua orang yang baca novel semata-mata  nak baca novel sweet je. Macam aku kata lah, taste pada bahu masing-masing. Ada orang, kepuasan baca novel kalau dia boleh menangis dan keluarkan air mata. Ada orang pula, kepuasan baca novel dia, dia nak gelak sampai tak ingat dunia. Tapi aku... Aku dapat kepuasan membaca novel bila novel tu sweeeeetttttt...

Hihii, ada orang tak suka cara aku baca novel? Okay lah, siapa yang tak suka cara aku, boleh email dan nasihatkan aku di sini --> aifiranafis@gmail.com
Siapa yg nak tanya pendapat tentang novel juga boleh email aku. Siapa nak share novel yg korang rasa sweet gila tapi aku tak mention dalam blog ni, boleh tinggalkan komen atau email aku juga. Aku terima semua..

Okey-okey, aku nak start listing sekarang ya! Banyak pulak membebel kat atas tu. See yaaa... :)